sejauh ku melangkah

semakin jauh ku melangkah..semakin banyak cabaran mendatang

RAHSIA 10 KUNCI KEPADA REZEKI

Sudah menjadi lumrah dan fitrah di dalam kehidupan manusia yang inginkan keselesaan, keindahan, dan sesuatu yang membahagiakan.Setiap manusia menginginkan sesuatu yang baik dan berusaha menjauhi kesukaran, masalah, dan kesedihan.Tetapi berapa ramaikah yang berjaya mencari kesenangan dengan cara yang benar, yang di redhai oleh Allah?
Di sini ingin saya berkongsi bersama saudara sekalian kunci bagaimana untuk membuka pintu-pintu rezeki dalam masa yang sama berjaya mendekatkan diri kepada Allah dan disayangiNya.Yakin dan percayalah!!!
Sekiranya anda yakin dan percaya serta mengamalkannya InsyaAllah anda pasti berhasil mendapatkan kunci rezeki tersebut dan berjaya membuka pintu-pintunya yang sudah pasti menjanjikan kebahagiaan dan keindahan yang diidam-idamkan oleh semua manusia, terhindar dari kekayaan dan kesenangan disebabkan istidraj...


1) Taqwa kepada Allah

Firman Allah Taala:
ومن يتق الله يجعل له مخرجا * ويرزقه من حيث لا يحتسب...الأية
Maksudnya : "....Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar ÇËÈ Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka... ÇÌÈ”.
(At-talak :2 & 3)


Maksud Taqwa: Menjadikan suatu benteng atau cegahan di antara diri kita dan maksiat kepada Allah dengan mengamalkan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

2) Tawakkal kepada Allah

عن عمر الخطاب رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " لو أنكم توكلون على الله حق توكله...لرزقكم كما يرزق الطير..."

Dari Umar Al-Khattab: Sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam: " Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal… nescaya Allah akan mengurniakan rezeki kepada kamu sebagaimana di beri rezeki kepada burung-burung..." .Hadith riwayat Tirmizi Hasan Sahih.

· Maksud Tawakkal: Sebenar-benar pergantungan hati kepada Allah Taala di dalam menginginkan kebaikan dan mengelak dari kemudharatan, beriman tiada yang memberi manfaat dan mudharat melainkan Allah Taala.


3) Silaturrahim

عن أبي هريرة مرفوعاً: " فإن صلة الرحم محبة في الأهل، مثراة فى المال، منسأة فى الأثر"

Dari Abu Hurairah-Marfu' : "Maka sesungguhnya Silaturrahim merupakan kasih sayang kepada ahli keluarga, menambahkan harta kekayaan, melambatkan ajal kematian" .Hadith Sahih riwayat Tirmizi.
· Maksud Silaturrahim: Menghubungkan tali persaudaraan.

4) Haji dan Umrah

عن إبن عباس رضى الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " تابعوا بين الحج و العمرة، فإنهما ينفيان الفقر والذنوب"

Dari Ibnu Abbas Radhiallahuanhu: Sabda Rasulullah Sallallahualaihi wasallam: "Ikutilah (kekerapan) di antara Haji dan Umrah, Maka sesungguhnya keduanya (haji dan umrah) menafikan kefakiran dan dosa-dosa..." Hadith Sahih riwayat An-Nasa'ie.


5) Melazimi Istighfar

Firman Allah Taala:

فقلت استغفروا ربكم انه كان غفارا * يرسل السماء عليكم مدرارا * ويمددكم بأموال وبنين ويجعل لكم جنات ويجعل لكم أنهارا *

Maksudnya: "Maka Aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun ÇÊÉÈ Nescaya dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat ÇÊÊÈ Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." ÇÊËÈ( Nuh:10, 11, 12)

· Maksud Istighfar: Meminta keampunan dari Allah di atas dosa-dosa yang dilakukan.


6) Menyuruh Ahli keluarga untuk menunaikan solat


Firman Allah Taala
وأمر أهلك بالصلوة واصطبر عليها لا نسئلك رزقا نحن نرزقك والعاقبة للتقوى

yang bermaksud: "Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.Kami tidak meminta rezeki daripadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa” ÇÊÌËÈ. (Thaha: 132)

Dari Abdullah bin Salam berkata: " Rasulullah Sallallahualaihi wasallam ketika mana ahli keluarganya di timpa kesempitan, Baginda akan menyuruh ahli keluarganya mendirikan solat, kemudian membaca ayat (di atas).

7) Berkahwin

عن أبي هريرة مرفوعاً: " ثلاثة حق على الله تعالى عونهم – وفى الرواية – أن يغنيهم – المجاهد في سبيل الله ، والمكاتب الذى يريد الأداء ، والناكح الذي يريد العفاف"

Dari Abi Hurairah-Marfu' : "Tiga hak ke atas Allah Taala dalam membantu mereka - dalam riwayat lain: memberi kekayaan kepada mereka 1) Mujahid di jalan Allah, 2) Makatib (Penulis hutang kepada tuannya) yang hendak melunaskan hutangnya, 3)Orang berkahwin yang hendak menjaga dirinya dari melakukan maksiat" .Hadith Sahih Riwayat Tirmizi.

8) Melazimi dan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam


عن جابر رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " من صلى على مائة صلاة حين يصلي الصبح قبل أن يتكلم...قضى الله له مائة حاجة..."

Dari Jabir : Sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam: " Barangsiapa yang berselawat ke atasku seratus selawat ketika solat subuh sebelum dia berkata-kata nescaya Allah akan menunaikan baginya seratus hajatnya...".Riwayat Ibnu Mandah, Berkata Zubaidi Hadith Hasan.


9) Solat Dhuha

عن عقبة بن عامر الجهني رضى الله عنه, أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: " إن الله عز وجل يقول :" يا ابن آدم ، اكفني أول النهار بأربع ركعات...أكفك بهن آخر يومك"

Dari Uqbah bin 'Amir Al Juhani: Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Allah Taala berkata: "Wahai anak Adam cukupkan Aku di awal siang (Dhuha) dengan empat rakaat... Aku cukupkan (rezeki) engkau dengannya (hingga) akhir harimu".Hadith Sahih riwayat Ahmad.


10) Memperbanyakkan menyebut kalimah: La haula wala quwwata illa billah

حديث أبي موسى في الصحيحين:"أولا أدلك على كنز من كنوز الجنة؟" قال: بلى ,قال:" قل: لا حول ولا قوة الا بالله"

Hadith Abi Musa di dalam sohih Bukhari dan Muslim: Sabda Rasulullah: "Adakah kalian mahu aku tunjukkan Perbendaharaan daripada perbendaharaan-perbendaharaan syurga? ". Berkata sahabat:Ya wahai Rasulullah. Sabda Rasul : "Katakan: La haula wala Quwwata illa billah (Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah Taala)".

1 ulasan:

Abu Yasir 18 Disember 2008 pada 5:52 PG  

wah..... nak kawin la gini.... Bole tambah rejeki....