sejauh ku melangkah

semakin jauh ku melangkah..semakin banyak cabaran mendatang

Musim Menamatkan Zaman Bujang


Dalam kesibukan mengejar dateline assignment, ujian dan jugak kerja2 lain, satu hari tu aku dapat sms dari seorang kawan di Malaysia. Dia bgtau dan jemput aku p kenduri kawin pd 25 Disember ni. Tak dapat la aku nak p la ni, mana buleh balik sesuka hati. Hanya ucapan tahniah dan doa aku sampaikan padanya. Baru aku tersedar rupanya bulan ni merupakan cuti sekolah di Malaysia dan ini lah masanya rakyat Malaysia yang bujang2 mengambil kesempatan menamatkan zaman bujang mereka. bila dikira dan dicongak2 ramai kawan2 aku yang dah melangsungkan perkahwinan. Kawan2 sekolah dulu, kawan2 Darul Quran (DQ) dulu. Malah 2 teman rapat aku Pokmat dan Baem pun dah selamat bertunang, akan melangsungkan perkahwinan jugak cuti nanti. Hubungan aku dgn depa dah macam adik beradik, dari kt DQ selalu makan angin sama2. Paling tak lupa kami bertiga sama2 mai umrah dan muqobalah (interview) kat Madinah ni. tapi bila depa dah selangkah ke depan dalam bab ni, aku jadi macam tak keruan sikit. Rasa seolah2 aku akan ditinggalkan dan keseorangan lepas ni. Tak dapat dah la nak p johor sama2 macam dulu. Kalau p pun depa mesti nak bawak bini kan, takkan nak berkepit dengan aku lagi. Tapi itulah hakikatnya, selepas satu masa kita akan melangkah ke hadapan, maju setapak dalam kehidupan. Aku pun tak lama lagi akan ikut jejak depa jugak, doakan ukhuwwah kita sentiasa kukuh.


Perkahwinan pada hakikatnya bukanlah sekadar untuk memuaskan nafsu semata. Sejak akhir2 ni kalau dalam surat khabar tiap hari ada saja cerita artis cerai dan kahwin. Bukan masalah artis glamor ke tak, cuma yang menjadi tanda tanya dan persoalan ialah cukup mudah perkahwinan dan cerai ini di`mainkan`. Hari ni Mawi kawin, esok Abby cerai. Yang kawin kat Golok, Thailand pun ada. Walaupun memang perkahwinan pada asasnya untuk menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan atau dalam bahasa mudahnya menghalalkan jimak itu, tapi kita mesti ingat tanggungjawab dan jugak peranan kita dalam membawa dan memandu rumahtangga menuju ke arah Bait Muslim yang betul. Masyarakat kita dah banyak lupa dan lalai tanggungjawab rumahtangga. Ibu bapa sendiri mungkin tak tahu atau jahil dalam menentukan kedudukan dan pasangan anak2 mereka. Nak kata di Malaysia kita ni kurang penghayatan agama pun tak jugak, nak kata tak dak langsung yang bercakap tentang agama pun tak. Mungkin mereka sendiri yang tak jumpa `bendera2` kebaikan yang kadang2 tak berkibar dengan megah. Kita mendoakan agar masyarakat kita masih lagi tetap dan betul jalan hidup mereka. Kitalah sohib dakwah yang mempunyai tanggungjawab dan amanah ini untuk terus memandu masyarakat ke arah kehidupan Islam yang syamil.


Pandai pulak aku bersyarah ya..ucapan tahniah untuk kawan2 yang dah kawin. Mudah2an perkahwinan yang dibina mendapat Rahmat Allah dan menuju cinta yang satu. Tahniah untuk Affuan(paktam), Kasyfi, Somad, Khalil(phua), Abg Yahya yang kenduri depa suma aku tak dapat p. Semua ni kawin bulan ni la, bulan Disember. Doakan aku jugak mudah2an mendapat jodoh yang baik...ameeen..

1 ulasan:

Abu Yasir 25 Disember 2008 pada 2:21 PG  

Wah, wah wah.... kemain lagi kawan aku ni.... Tulisan yg menarik tapi selambe je announce public.... Insya Allah aku doakan hg tak lama lg