sejauh ku melangkah

semakin jauh ku melangkah..semakin banyak cabaran mendatang

Haji 08








Saban tahun musim haji adalah waktu yang ditunggu-tunggu semua umat islam. termasuk lah kita yang dah sememangnya terlalu dekat dengan tanah Makkah yang suci. Alhamdulillah setelah mengharungi perlbagai dugaan dapat jugak aku tunaikan haji buat kali yang ke4. Bukan nak riak atau takabbur, tapi bila dah peluang depan mata kena rebut la. Bila dah balik ke tanah air nanti nak kena kumpul duit ribu- ribu baru blh p Makkah buat haji. Mula la siap2 nak p ke Arafah untuk wukuf. Pagi2 lagi dah bangun masak dan berkemas untuk perjalanan Arafah yang dinanti2kan. Orang lain yang masak, aku rasa je la apa depa masak. Alhamdulillah perjalanan ke Arafah tak dak masalah sgt, cuma kesesakkan lalulintas tu biasa la musim haji ni. Lebih kurang 30minit jugak la kot perjalanan dengan coaster akhirnya sampai la kami kat Arafah ni. Bermulanya detik2 Arafah yang ditunggu2. saat ini tiada yang leka, tiada yang sibuk dgn perkara2 lain kecuali berzikir dan berdoa memohon perlindungan dan keampunan dari Yang Maha Esa. tiap detik yg berlalu di Padang Arafah sangat berharga untuk dilepaskan begitu sahaja. saat ini segala doa, setiap permintaan, setiap rintihan diangkat dan dimakbulkan oleh Yang Maha Mendengar. Mudah2an Allah swt menerima segala taubat dan rintihan hati umat manusia seluruhnya. ameeeen...








ada la sedikit buah tangan ataupun hadiah la kot untuk tatapan. sedikit gambar2 haji untuk tahun ni.































0 ulasan: