sejauh ku melangkah

semakin jauh ku melangkah..semakin banyak cabaran mendatang

Kembali Bertatih


Assalamualaikum wrt,


Lama sungguh blog ni bersawang dan tak dibersihkan. Cuti panjang 3 bulan aku penuhi dengan sebaiknya sehingga tak sempat nak update blog ni. Banyak program yang telah aku lalui di Malaysia dan hari ini kembali aku dan sahabat - sahabat ke Madinah Munawwarah.


Lain sungguh perasaan kepulangan kali ini, gembira, sedih dan macam - macam lagi perasaan menyerbu. Tatkala pesawat mula melonjak meninggalkan tanah air, perasaan sayu mula menyesak hati. Namun ku kuatkan juga untuk meneruskan perjalanan ilmu di bumi Madinah. Jauh mata memandang ke bawah melihat pohon - pohon hijau yang aku tinggalkan, serta merta bayangan wajah - wajah mak dan ayah yang tersayang, adik - adik serta isteriku tercinta yang aku tinggalkan buat smentara waktu. Sememangnya mereka amat memahami dan selalu memberi ruang dan semangat untuk aku jadi yang terbaik.



Pesawat meluncur laju mencecah landasan di Lapangan Terbang Prince Muhammad, Madinah Munawwarah tepat jam 2 pagi. Aku mula memikirkan kitab - kitab, nota - nota yang akan aku habiskan dalam siri baki pengajianku di bumi berkat ini. Mudah - mudahan Allah memudahkan setiap urusan hambanya yang lemah ini dan memberikan kekuatan untuk menuntut ilmuNya di sini. Masih terasa kelibat Akh Syazwan di asrama, masih terasa kesedapan masakan Syazwan bila kami sama - sama memasak di rumah PPM. Tanpa disedari, sudah 5 tahun kami di sini dan kawan - kawan yang sudah tamat pengajian sedang menongkah alam pekerjaan dan tanggungjawab di tanah air.



Hanya tinggal 2 semester untuk aku habiskan di sini. Mudah - mudahan Allah memberikan hidayah dan petunjukNya kepadaku.



Madinah Munawwarah

3pm

1 ulasan:

syahrir 3 Januari 2010 7:18 PTG  

ni syahrir taman uda, terima kasih ya atas bungkusan kurma ngan sejadah tu.saya dah selamat terima pada 03 jan dlm 2ptg waktu malaysia.selamat maju jaya dlm pengajian anda di sana!!!syahrircari alamat email fikri x jumpa, so syahrir reply kat sini saja.email syahrir syah_25@yahoo.com.sg