sejauh ku melangkah

semakin jauh ku melangkah..semakin banyak cabaran mendatang

Salam Dari İstanbul

Dah lama tak onlıne dan tgk blog ni. ada la lebih kurang seminggu lebih jugak la kot tak online. Hatı meronta - ronta nak tulis sikit catatan untuk Ibuku yang tercinta yang mesti menantı2 cerita darı aku. Dalam seminggu ni memang terputus sat hubungan sebab henpon dah abis kredit. kalau org hantar SMS aku senyum ja la kat henpon tu, tak leh nak jawab.

..

Malam ni aku di Istanbul, Turkiye. Alhamdulillah selepas perjalanan yang panjang dan menarik akhırnya sampai jugak kami dı Kota Istanbul. 2hari lepas di Ankara, menumpang tidur di rumah Penasihat Kedutaan Malaysia di Turki. Kena pulak salji turun tak hentı2, padan muka kami yang nak sangat salji sampai nak demam main salji. Tima kasih yang tak terhingga kepada Tuan Badli Sham di Kedutaan Malaysıa Turki yang melayan kami di sana. Kami bertolak ke İstanbul naik keretapi yang perjalanannya lebih kurang macam dari KL ke Sungai Petani.

..

InsyaAllah mungkın 2,3 harı kami akan jalan dan pusing puas2 kat Istanbul ni, pastu akan berangkat pulang ke Madinah. Dah mula rasa bibit kerinduan pada Mescit Nabavi. Doakan perjalanan yang selamat dan berkat..ameen

8.36 pm
From Istanbul, Turkiye

Winter Trip..Jordan,Syria and Turkey

Minggu ni memang mendebarkan. Walaupun paper aku selang2, tapi kalau sehari ada 2paper exam macam nak mati je rasa. Kitab pun boleh khatam 2,3 kali. Punya la hebat aku ni bila time peksa. Mudah2an Allah swt memudahkan dan memberi kejayaan kepada diriku dan ikhwah yang lain dalam 'ikhtibar' kali ni.
Tak tau nak tulis apa, hari ni aku break sat 4 hari. Sempat la nak ulangkaji skit2. Dan insyaAllah next week we'll leaving for Jordan, Syria and maybe Turkey, another winter trip. dan jugak kalau sempat nak ke Egypt tgk adikku yang tersayang kat sana, apa la dia buat musim2 sejuk ni ya..lena ja kot. Depa kat nak p amik gambaq kat kilang coklat yang paling glamor kat Turkey tu nama dia ULKER (disebut 'yulker'). Punya la berdebar2 tunggu passport dari deanship, akhirnya dapat jugak.
Bukan senang nak jalan2 makan angin ni. Dulu masa tahun 1 aku dah sampai Mesir. Orang lain tak pandai lagi nak berjalan, aku dah makan angin sana sini dengan Abg Siraj.
Kalau ikutkan hati nak ja aku p jalan sampai Manchester sana. Buleh tgk Man Utd main kat old trafford. Harap2nya perjalanan kali ni dapat beri sedikit manfaat yang berguna dan pada masa yang sama mengembara melihat alam ciptaan Allah..
Nanti mesti ada org mintak hadiah atau ole-ole turkey..nak kena p sendiri la..huhu..