sejauh ku melangkah

semakin jauh ku melangkah..semakin banyak cabaran mendatang

Calon Mahasiswa ke Timur Tengah Diseru Agar Bersikap Terbuka

Dipetik dari laman : www.ismaweb.net
Calon Mahasiswa ke Timur Tengah Diseru Agar Bersikap Terbuka

Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman menyeru para mahasiswa yang akan ke Timur Tengah agar bersikap terbuka dan bijak dalam menangani isu kepelbagaian persatuan pelajar di sana nanti. Sikap terbuka ini menurutnya adalah kunci kepada kesatuan umat Islam sebelum ini. Menguruskan kepelbagaian pandangan dan pendekatan setiap persatuan di sana adalah suatu yang akan menguji ilmu dan sikap seseorang.
Beliau berucap demikian ketika merasmikan majlis penutup program Selangkah ke Bumi Anbiya' (SKBA) anjuran Sekretariat Luar Negara ISMA yang telah berlangsung pada 22-24 Mei 2009 lepas.
Program khas persediaan bagi mahasiswa yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah ini diadakan atas keprihatinan Sekretariat Luar Negara ISMA terhadap masalah-masalah yang biasanya dihadapi oleh pelajar-pelajar Malaysia di sana. Apatah lagi bilangan pelajar yang dihantar ke sana semakin meningkat saban tahun.
Tidak dinafikan, pelajar-pelajar lepasan SPM, STAM, dan diploma pengajian Islam cenderung untuk melanjutkan pengajian mereka ke Timur Tengah demi menggali khazanah ilmu Islam yang diwariskan para Ulama’. Satu hakikat yang terpaksa diakui ialah kebanyakan dari pelajar-pelajar ini kebiasaannya pergi tanpa memiliki persediaan mental dan gambaran cara pembelajaran yang cukup. Kesannya, mereka mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan suasana di sana, dan seringkali mengalami masalah dalam pembelajaran mereka.
Ini adalah kali ke-enam Sekretariat Luar Negara ISMA menganjurkan program seumpama ini. Berbeza dari program-program persediaan yang biasa, Selangkah Ke Bumi Anbiya’ ini mendedahkan kepada para peserta secara terperinci tentang sistem dan maklumat mengenai setiap bidang pelajaran yang semasa dan terkini. Kesemuanya dibentangkan oleh para graduan alumni Al-Azhar sendiri.
Aspek persediaan mental dan rohani pelajar sebagai seorang mahasiswa yang memikul risalah Islam turut ditekankan melalui satu slot menarik yang dinamakan sebagai slot ‘Ijazah dan Risalah’, yang kemudiannya menjadi satu bahan perbincangan yang memberangsangkan di kalangan peserta. Tidak ketinggalan satu forum khas bertemakan 'Peranan mahasiswa Timur Tengah dan cara menggapainya' yang menampilkan Dr Zainur Rashid Zainuddin, Naib YDP ISMA Seremban dan Ustaz Ahmad Zainal Abidin, YDP ISMA Melaka, yang berjaya mengupas persoalan-persoalan penting tentang dinamika masa depan mahasiswa Timur Tengah.


sambung baca di:
http://ismaweb. net/v2/Article10 56.html
http://bumianbiya. blogspot. com/

Jalinan Ukhuwah Musim Panas 2009


Segenap pelusuk dunia kita jelajahi..tiba musim bertemu dan berukhuwah. Program Jalinan antara pelajar - pelajar Malaysia luar negara bertemu dan menjalinkan ukhuwah.

Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Setelah sekian lama berpisah, kini tiba masanya ber’ukhuwah’ kembali. Dengan tema yang mantap “Towards A Better Future“. Ayuh, jangan buang masa lagi. Mari mendaftar, mari sertai kami, mari membina generasi harapan. Pendaftran Online telah dibuka sekarang.
Organizer :
Sekretariat Antarabangsa ISMA
Venue :
Kem SMA, Labu, Negeri Sembilan.
Date :
31 Julai - 2 Ogos
Question and information :
Rusman (+6019 6649496)
Muzaifah Hanim (+6019 3369285)
For detail information please visit http://www.jalinanukhuwah.info/

Selangkah Ke Bumi Anbiya'


Selangkah ke Bumi Anbiya merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Sektariat Antarabangsa Ikatan Muslimin Malaysia (SEKTAR ISMA). Program ini bertujuan menghimpunkan pelajar-pelajar yang bakal menjejakkan kaki ke negar-negara timur tengah. Antara pengisian program ini ialah sesi penerangan berkenaan jurusan yag ditawarkan, serta perkongsian pengalaman sebenar daripada graduan yang pernah menuntut di negara-negara tersebut.

Tarikh
22-24 MEI 2009

Hari
Jumaat – Ahad

Yuran
RM 50 Sahaja

Tempat Program
Uniti Village, Kolej Uniti, Tanjong Agas, Port Dickson.

Apa yang anda bakal nikmati dengan RM 50?
Penginapan yang selesa dan memuaskan.
Pengangkutan di sediakan dari stesen bas p.d ke tempat program.
Hidangan Makanan 4 kali sehari.
Penerangan tentang pengenalan subjek subjek di Al-Azhar.
Perkongsian pengalaman bersama ustaz-ustaz yang cemerlang dan berwibawa lepasan pelbagai negara, bidang dan pengkhususan.
Mendapat kenalan baru dari kawasan, sekolah dan latar belakang yang berbeza.
Kefahaman dan persediaan selain akademik, seperti cara hidup, menjaga jati diri muslim di luar negara.
Riadhah untuk ketenangan minda dan tautan ukhuwah.
Meleraikan persoalan mengenai perbezaan antara subjek dan memandu untuk membuat pemilihan bidang sebelum menjejakkan kaki di bumi Anbiya’

Penceramah Jemputan

En. Dr Azizi Ismail
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - Universiti al-Azhar, Mesir


En. Ahmad Sanusi Azmi

Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - Universiti al-Azhar, Mesir

En. Zaidi Mohamad Jalil
Guru MRSM Alor Gajah Melaka - Universiti al-Azhar, Mesir


En. Sobri Awang
Pensyarah Universiti Teknoloji Islam (UNITI) - Universiti al-Azhar, Mesir


Ust. Azizee Hasan
Guru SDAR – Universiti Jordan


Ust Anuar Fakri Umar
Pensyarah Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM)-Universiti al-Azhar,Mesir


Ust Fauzi Asmuni
Naib Presiden ISMA- Universiti al-Azhar, Mesir


Ust Ahmad Zainal Abidin
Pensyarah Multimedia University (MMU) - Universiti al-Azhar, Mesir


Dr Zainur Rashid
Doktor Pakar Sakit Puan Hospital Tengku Ja’far – Universiti United Kingdom


Rebutlah peluang ini dengan mendaftar terus di http://www.bumianbiya.blogspot.com

Kembali

Assalamualaikum wrt,

Setelah sekian lama blog ini sunyi, aku kembali mencari sesuatu untuk diterbitkan. Maklum sajalah, minggu - minggu yang berlalu terlalu sibuk dengan assignment dan ujian - ujian bulanan. Hanya tinggal 3 minggu untuk peperiksaan akhir semester kedua ni. Tak terasa perjalanan tahun yang sangat cepat berlalu dan aku akan pulang bercuti lagi tahun ni.

Dalam 2,3 minggu banyak jugak yang berlaku. Perjalanan ke Riyadh masa cuti seminggu yang lalu dan jugak lawatan bermakna ke Madinah Media Museum yang sarat dengan cerita - cerita sejarah Madinah Munawwarah. Pertama kalinya aku mendapat bayangan yang sebenar kedudukan dan kehidupan Bandar Madinah sejak dari zaman Rasulullah saw dan jugak ketika zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniah.

Kat mana sebenarnya Madinah Media Museum ni? Dekat sangat dengan Haram ( Masjid Nabawi ), tapi kita tak pernah nak singgah sebab tiada langsung promosi atau iklan - iklan yang mengajak orang ramai untuk mengunjunginya. Bahkan sangat - sangat bermanfaat kalau dapat dibawa jemaah haji atau umrah untuk mendengar taklimat dan penerangan tentang sejarah Kota Indah Madinah Munawwarah.

Yang ni hanya ahlinya sahaja yang tahu..Manchester United menang lagi trophy EPL..buat kali ke 3 berturut - turut dalam masa tiga tahun. Memang best la MU..