sejauh ku melangkah

semakin jauh ku melangkah..semakin banyak cabaran mendatang

Kembara : Episod 3 - Turkey

Kembali berbicara..
Kali ni sambungan kembara di Turkey. Bagi aku secara peribadinya, dalam banyak - banyak negara yang aku sampai ( mcm byk sgt ) Turkey paling best dan tak dapat dilupakan. Terletak di dua benua Asia dan Eropah menjadikan Turkey negara yang mempunyai tarikan semulajadi dan juga kesan - kesan tinggalan Pemerintahan Uthamaniah Khilafah Islam satu ketika dulu. Sedikit sebanyak perjalanan kami memberi gambaran bagaimana keadaan dan juga sebab - sebab yang mendorong kepada kejatuhan khilafah Islam yang kuat.

Perjalanan dari Syam menuju ke Ankara, Turki mengambil masa hampir sehari perjalanan. Tapi, cuaca yang sejuk serta perjalanan yang selesa membuatkan kami rasa masa berlalu begitu cepat. Dari Syam kami bertolak pukul 10 malam dan tiba di sempadan Turki lebih kurang 3 jam kemudian. Seterusnya kami transit di Antakia untuk menanti bas yang akan membawa kami ke Ankara.

Kenapa Ankara..??

Aku mulanya ingatkan Istanbul tu ibu negara Turki, rupanya kami semua silap. Istanbul ialah ibu negara bagi pemerintahan Uthmaniah dulu. Tetapi selepas Mustafa Kamal Ataturk menakluk Turki, terus ditukarkan Ankara sebagai Ibu Negara. Di Ankara kami menuju ke Kedutaan Besar Malaysia dan bermalam di rumah Penasihat Kedutaan Malaysia di Turki, Tuan Badli Sham. Ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk beliau dan keluarga.

Bersama Tuan Badli Sham di Hadapan Kedutaan Malaysia di Turki

Ankara tak ubah macam Kuala Lumpur, ya la ibu negara. Bangunan yang tinggi, kesibukan kota raya dan jalan raya yang bertingkat. Cuma yang berbeza ialah salji turun dengan lebat sehingga kami rasa cukup puas dan lemas bila terlalu banyak salji. Masa di Syria punya la seronok main salji, bila sampai di Ankara salji turun tak henti sampai la malam kami bertolak ke Istanbul. Mulanya memang seronok gila dapat tgk salji turun. Tapi bila dah tak berenti sampai malam, nak jalan pun susah, penuh atas jalan, mula la rasa lemas dan nak demam.

Pagi tu kami dibawa ke Muzium Ataturk yang menempatkan kubur Mustafa kamal Ataturk dan juga barang - barang tinggalan dia. Di Turki ni, Kamal Ataturk sangat - sangat la disanjung oleh rakyat. Bagi masyarakat Turki, Kamal Ataturk merupakan bapa Turki yang berjaya membebaskan Turki dan membawa Turki ke arah yang lebih maju. Bagi kita umat Islam, Ataturk ni merupakan seorang pengkhianat dan juga yang merampas kuasa dari Kerajaan Uthamaniah. Pro bagi masyarakat Turki dan Kontra bagi masyarakat Islam dalam hal ni. Bila tengok sendiri baru kita tahu dan faham kenapa Ataturk begitu disanjung oleh mereka.

Berlatarbelakangkan Jalan Menuju Muzium Ataturk

Istanbul Menggamit Hati..

Pukul 10 malam kami meninggalkan Ankara dengan menaiki keretapi. Sebelum tren bergerak mata dah mula nak pejam. Seharian berjalan memang memenatkan. Keretapi Turki memang selesa dan sesuai untuk perjalanan yang jauh. Perjalanan mengambil masa 8 jam ke Istanbul tak terasa, sedar je dah sampai ke stesen akhir di Istanbul iaitu Haydarpasa.
Dari Haydarpasa kami menaiki feri untuk ke kawasan pelancongan Blue Mosque dan dapat la sewa hotel murah dengan harga 25 YTL untuk seorang. Murah ke tu..??25 YTL lebih kurang 60 MYR, murah la kot ye.
Suasana Istanbul memang menyegarkan, cuaca sejuk dan dingin walaupun kadang - kadang agak menyeksakan membuatkan kami senang nak jalan lama - lama. Destinasi pertama ialah Topkapi Sarayi, Istana tinggalan pemerintah Uthmaniah dulu. Macam - macam ada dalam ni samapaikan janggut nabi pun ada, tangan nabi John (Yahya) pun ada. Betul ke tidak taktau la kan. Malang sungguh sebab tak boleh ambil gambar, kalau tidak penuh memory dengan gambar - gambar tu.


Hadapan Pintu Masuk Topkapi Sarayi


Pintu Gerbang Menuju Ke Istana Topkapi ( Topkapi Sarayi )

Satu tempat yang mesti lawat, apa lagi kalau bukan Blue Mosque. Aku pun tak pasti sangat apa cerita di sebalik Blue Mosque ni. Nama sebenarnya ialah Sultan Ahmet Mosque atau lebih dikenali dengan Blue Mosque la kan. Bentuk dia macam Masjid Wilayah kat KL tu la, tak yah susah - susah datang tengok kat sini. Masjid Wilayah tu lagi blue aku rasa, Blue Mosque ni tak la blue sangat pun, ntah kaler apa pun tak tau..apa - apa lah..

Pilih Yang Mana Satu Nak dibuat Menantu..Berlatarbelakangkan Blue Mosque.


Aya Sofia


Binaan yang seakan - akan Blue Mosque menarik perhatian kami. Inilah dinamakan Aya Sofia. Mesti semua orang tau kan. Aya Sofia ni merupakan gereja pada asalnya sebelum kedatangan Islam. Bila Sultan Muhammad al - Fateh membuka Contantine, gereja tadi ditukarkan kepada masjid. Masih ada lagi kesan - kesan lukisan gereja pada dinding - dinding masjid ini. Selepas Turki diperintah oleh Ataturk, masjid ini sekali lagi ditukarkan menjadi muzium sehingga la sekarang dan menjadi tempat pelancongan yang masyur di Istanbul.

Mimbar tinggalan Islam di Aya Sofia

Sebahagian lukisan di dinding Aya Sofia yang di pamerkan.


Blue Mosque, pandangan dari Aya Sofia


Ruang dalaman Aya Sofia


Pintu Masuk Aya Sofia


Sebelum bertolak balik kami sempat makan tengah hari ikan bakar. Bot - bot yang aku rasa mungkin dah tak boleh jalan, depa modified jadikan kedai makan ikan bakar. Memang nikmat yang tak tertanggung dapat makan ikan bakar di kala angin sejuk macam peti ais. Tengah hari sejuk macam pagi buta, kena pulak makan ikan bakar panas..huh..mengasyikkan la..

Kami berangkat pulang ke Syria dengan keretapi pada jam 11.50 malam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 hari. Dari Istanbul kami naik keretapi menuju ke Adana mengambil masa 23 jam, dari Adana menaiki bas ke Antakia 2 jam dan dari Antakia ke Damsyik lebih kurang 5 jam. kali la semua tu, agak - agak 2 hari juga kot. Ditambah dengan transit di stesen bas dan sebagainya. Walaupun perjalanan yang panjang dan lama, kamo tak la rasa terlalu penat dan letih. Suasana stesen bas yang cantik, bersih, kondisi kenderaan yang selesa membuatkan perjalanan kami selesa dan menyeronokkan.


Atas bot, makan tengah hari ikan bakar..sedap sungguh..


Spice bazaar


Sedikit sebanyak pengalaman dan perjalanan untuk tatapan. Kena jugak la dengan tema blog aku ni..Sejauhku Melangkah..Jauh dah aku melangkah ni. Tapi satu lirik lagu yang membuatkan aku selalu teringat seseorang..


Jauh telah langkah ku jelajah,
Dakapmu laman yang kurindu,
Luas sudah kulihat dunia,
Senyummu ukiran terindah,

Tiap perilaku dan budimu,
Tiap air mata tumpah darah,
Menjadi perlambangan sejati,
Kasih tak bersyarat,

Ibu..redup matamu,
Memayungi bahagiaku,
Hanya ditapak kakimu,
Terletaknya syurga buatku..
..







Kembara : Episod 2 - Syria

Kata pepatah " Jauh Perjalanan, Luas Pandangan "..

Pandai pulak aku bermadah ye..bukan madah tu, memang betul kan kata - kata tu. Sebelum dah betul - betul basi cerita aku ni, baik aku bagi dulu. Walaupun dah hampir - hampir basi, tapi tetap segar dalam ingatan. Tak mau cita panjang - panjang, nak letak gambar je bagi suma orang tengok. Mak pun dah lama tanya mana gambar anakanda tersayang ni, rindu agaknya..



Berlatarbelakangkan Souq Hamidiah atau org putih panggil Hamidiah Market kot..

Souq Hamidiah ni memang tempat tumpuan pelancong kat Damsyik ni. Kami pun pelancong jugak kan, semestinya kena abiskan masa dan duit kat sini la. Banyak barang - barang dan cenderamata yang sesuai untuk dibawa balik sebagai contoh aku beli alas meja untuk mak. Aku pun tak reti sangat nak pilih, belasah je la. Agak - agak nampak lawa dan sesuai boleh la beli. Harga pun boleh tahan, tak mahal sangat. Tapi sebelum dapat murah tu kena putaq - putaq la dulu sampai la akhirnya dapat la murah. Aku beli satu je, depa borong banyak - banyak. Katanya nak bagi kat bakal mak ipar..mak ipar?? sapa tu..


Berlatarbelakangkan Kesibukan Kota Damsyik

Hari kedua, pagi - pagi lagi depa dah kejut bangun. Katanya nak pi main salji kat atas bukit. Apakejadahnya main salji pagi - pagi ni, dah la sejuk yang amat. nak wuduk pun terseksa batin. Aku pun siap2 la dengan baju tebal dan kasut yg tak berapa nak tebal. Ikut saja la depa nak bawak p mana pun. Tak ikut rugi la kan, dah mai tempat orang. Tempat yang dituju ialah Bukit Bouldan lebih kurang 40 minit dari Pusat Bandar. Memang best jugak la dapat main salji yang pertama kali aku jumpa. Kat rumah aku dulu pun ada jugak salji, aku buat tak heran je. ya la, dalam peti ais bukan mai keras lagi salji. Nak demam jugak la main salji sebab atas bukit kan, angin dia bukan main. Dah puas main salji apa lagi, pekena Syai @ teh panas la nak bagi panas sikit.


PPM tu maksudnya Pelajar Perempuan Madinah..eh bukan..Persatuan Pelajar Malaysia Madinah


First time jumpa salji..macam orang gila jadinya..



Satu lagi pengalaman atau peluang yang sangat keemasan ialah bertemu dengan tokoh Islam yang masyur pada masa kini yang juga merupakan pengarang kitab - kitab fiqh iaitu Dr Wahbah Zuhaily. Salah satu kitab yang masyur yang selalu sangat pelajar - pelajar pengajian Islam nak sangat tu ialah Fiqh Islamy wa Adillatuh. Kalau ngaji Syariah ke, Pengajian Islam ke mesti nak beli kitab ni. Baru - baru ni beliau dianugerahkan tokoh maal hijrah di Kuala Lumpur. Kira orang Malaysia pun kenal jugak la dia ni. Kebetulan beliau mengajar di Jamie' Umawi ni, kami pun ambil peluang dengar syarahan dan jugak bergambar untuk kenangan seumur hidup.


Bersama Dr. Wahbah Zuhaily di Jamie' Umawi


Team kami ni memang pandai bergaya bila bergambar. so, akan terpapar la aksi - aksi menarik gaya model - model terkini bila bergambar. Ingat ustaz tak reti bergaya ke..?? lagi hebat dari model..huh..

Gaya Remaja Bebas Bergambar..Jamie' Umawi

Turkey melambai..


KAMI JUARA


Pasukan - pasukan yang menyertai pertandingan..PPM di tengah jersi kuning.




Piala yang dimenangi oleh Pasukan Aura PPM Madinah


Makkah : Pasukan Aura PPM Madinah telah berjaya menjuarai Kejohanan Futsal Piala Datuk Dr. Ghazali buat julung-julung kalinya. Kejohanan tersebut telah disertai oleh pasukan-pasukan dari seluruh pelusuk Arab Saudi. Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian terdiri daripada, Aura (Madinah), Zelan (Jizan), Ummul Quro (Makkah), Nokia (Makkah), Ranhill (Jeddah), Yanbu3 (Yanbu3), Tabung Haji (Jeddah), Panda (Jeddah) dan Jamamarat (Makkah).


Naib johan telah disandang oleh pasukan Zelan daripada Jizan dan tempat ketiga pula dimenangi pasukan Nokia dari Makkah. Noraizat b. Nor Azman dari Aura Madinah telah dinobatkankan sebagai pemain terbaik sepanjang kejohanan manakala pengurus terbaik juga dari pasukan Aura Madinah yang dipimpin oleh Ahmad Fikri b. Mohd Paudzi (menobatkan diri sendiri).


Wartawan : PokMart




Futsal..

Salam..

Hari ini aku di Mekah, menguruskan pasukan futsal Persatuan Pelajar Malaysia Madinah (PPM). Buat pertama kali aku rasa PPM Madinah join pertandingan di luar Madinah. Futsal anjuran MTD/ACPI syarikat kontraktor Malaysia yang menyiapkan projek Jamaraat (tempat melontar) di Mina akan berlangsung di Mekah esok, 20 Mac.

Walaupun hanya bola sepak, namun aku rasa ini merupakan satu peluang buat pelajar - pelajar di Madinah mmenjalin hubungan dengan profesional yang menetap di Arab Saudi. Sebelum ini bukan tiada hubungan, tetapi bila kita menampilkan gaya permainan yang hebat dan mantap serta berupaya untuk menang, maka 'saham' kita secara tidak langsung akan lebih naik dan naik. Lebih mudah untuk kita mendekati dan memberi sedikit sebanyak mutiara ilmu yang sangat - sangat diperluakan oleh masyarakat kita.

Aku pun dah macam Alex Ferguson, jadi pengurus pasukan. Kalau menang Alhamdulillah....

Makkah Mukarramah
12.12 am

Kembara : Episod 1 - Jordan

Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT atas kuniaan nikmatNya yang tidak terhingga. Atas nikmat Allah juga dapat aku bersama sahabat2 mengembara dan mencari pengalaman yang tidak ternilai. Sedikit sebanyak catatan perjalanan ataupun pengembaraan kami menempuh sirah Rasulullah SAW di Jordan dan Syria dan juga pemerintahan Kesultanan Uthmaniah di Istanbul.

12 Feb 2009

Kami bertolak dari asrama lebih kurang pukul 8.30 malam. Syarikat bas yang ditempah dah pesan supaya datang awal untuk rekod nama dalam sistem dia. Bersungguh – sungguh kami datang awal, tapi bas tak sampai2 lagi. Hampir jam 11 malam baru bergerak meninggalkan Madinah. Satu aksi yang menarik bila tengok arab2 ni berebut2 nak letak beg depa dalam perut bas. Kami berlima hanya tengok dari jauh sambil pegang beg masing2. Dalam kepala dah terbayang saat2 yang akan ditempuh sepanjang perjalanan nanti.

13 Feb 2009

Perjalanan sepanjang malam tu agak menyeksakan sebab arab2 ni dah terbiasa dengan rokok. Cuba la bayangkan, sepanjang jalan asyik hisap rokok sampai berasap dalam bas tu. Kami yang bujang2 ni pun tak tahan, apatah lagi satu keluarga muda dengan 2 orang anak kecil yang selalu menangis. Boleh dikatakan Rokok dan arab ni cukup rapat dan sinonim la. Kalau di Malaysia masyarakat kita dah di ajar supaya tak merokok di tempat awam dan tertutup. Masyarakat arab ni tak pernah langsung diajar dan kalau diajar pun dia buat tak tau saja. Yang tua pun bukan main lagi rokoknya, apatah lagi yang muda. Macam nak telan ja rokok tu.

7 am
Tepat jam 7 pagi kami sampai di Imigresen jordan. Alhamdulillah urusan tak la susah sangat Cuma agak lewat sikit sebab bos imigresen tak sampai lagi. Jadi kena tunggu bos sampai baru la boleh keluarkan visa. kat sini kami dah mula nampak perbezaan antara arab Syam ( Jordan dan Syria ) dengan arab dari Saudi. Depa ni sangat helpful dan suka amik berat walaupun kita ni bukan orang dia. Kalau arab dari Saudi jangan harap la, nak susahkan orang lagi ada la. Nama ja duduk kat tanah haram, dekat dengan masjid nabawi dan masjidil haram, akhlak tak dak langsung. Pegawai imigresen tu pun ambil keputusan untuk telefon bosnya tadi dan tanya apa nak buat dengan depa 5 orang ni. Lebih kurang 2jam juga la kat situ baru selesai.

1pm
Bas mula memasuki Amman dan meninggalkan kami di satu tempat macam stesen bas juga, tapi stesen bas untuk perjalanan luar negara. Bas tu akan terus ke Damascus, Syria. Dari Amman kami perlu menuju ke Univ. Yarmouk di Irbid. Terpinga2 jugak la walaupun reti cakap arab. Wakil persatuan pelajar jordan akhirnya memberi direction supaya menuju je kompleks bas dengan teksi. Dari situ kami boleh nak bas ke Irbid dengan harga yang berpatutan. Kalau main bedal ja kat situ, mesti kena ‘sembelih’ punya.



Suasana stesen bas Amman, nama dia Mujamma’ Syamal.


5pm
Perjalanan dari Amman ke Irbid tak la jauh sangat, Cuma 1 jam setengah ja. Sampai di Irbid kami disambut oleh pelajar2 di sana dan diberikan penginapan di rumah Syakir ( Dentist, JUST ) dan Afif. Selepas isyak bermula majlis perasmian Persidangan Tahunan Mahasiswa seJordan (PERTAMA) di dewan Univ. Yarmouk. Aku ni Cuma pelancong, tapi disebabkan aku bersama2 dengan wakil2 dari Madinah yang dijemput, secara tak langsung aku turut jadi anggota delegasi Madinah. Akh Husaini ( penasihat PPM ), Akh Azhar ( YDP PPM ), Akh Pokmat ( mantan YDP ), Akh Syazwan ( mantan Setiausaha ) dan aku sendiri ( Exco Sukan ). Di PERTAMA Akh Husaini membentangkan kertas kerjanya, sambil depa dok bersidang tu aku ambil kesempatan ziarah la ikhwah Jordan yang dah lama tak jumpa. Dapat la aku dan Pokmat makan tengah hari sedap dan free jumaat tu.



Dari kiri : Pokmat, Syamil (Medic,Jordan), aku, Syazwan, Marwan (Medic,Jordan).
Duduk kiri : Aiman (tuan rumah), Dr. Munir ( Medic,Jordan), Wan Ahmad(adik Pokmat)


Delegasi Madinah bergambar depan Rumah


17 Feb 2009


PERTAMA berlangsung selama 3 hari, kami berkampung di Irbid 3 hari la jugak. Hari yang ke-4 kami mula melangkah memulakan cuti – cuti Jordan. Bermula dengan perjalanan menuju ke tapak peperangan Yarmouk yang tak jauh dari bandar Irbid, kemudian ke satu tempat yang dinamakan sebagai Umm Qais, bandar dekapolice tinggalan rom ketika menjajah tanah Syam sebelum kedatangan Islam.


Berlatarbelakang Tapak Perang Yarmouk




Bersama Tuan Haji Sulaiman, Pengarah MSD Jordan

Malaysian student Department (MSD), Jordan


4 pm
Agak lama jugak kami kat MSD tu, hampir magrib baru kami bergerak keluar menuju ke Ashabul kahfi seperti yang dirancang. Hari dah mula gelap, kalau ke tempat Ashabul kahfi pun tak dapat nak tengok apa. Akhirnya Amir perjalanan buat keputusan untuk ke Balad (Pusat Bandar) untuk menjamu selera. Sarapan pagi je yang agaknya dah selesai diproses, perut memang berbunyi2 la. Kepala kambing jugak yang dicari kat Jordan ni. akhirnya dapat la jugak kami merasa kepala kambing Jordan, sama ja macam kat Madinah. Lepas makan tu suma lentok habis, tinggal la aku sorang2 bawak keta. Malam tu jugak kami teruskan perjalanan ke Mu’tah yang mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Amman. Dari mula naik keta sorang2 tidoq dan tinggal la aku sorang bawak keta. Nasib baik Arif kat sebelah dok layan sembang dengan aku. Kalau tidak pakat2 lena la tepi jalan.

Pekan Mu’tah dah sunyi walaupun jam baru pukul 10 malam. Kami terus ke rumah penginapan yang sudah dihubungi iaitu saudara Abdul Muhaimin. Kat Mu’tah ni memang sejuk sungguh. Nak wuduk pun tak berani, apatah lagi nak mandi. Solat tu wajib, kena jugak la amik wuduk dengan ayaq sejuk macam dalam peti ais. Ingatkan sejuk ni nikmat kan, tapi boleh jadi bala dan seksa juga la. Agungnya ciptaan Allah.

18 Feb 2009

7 am
Pagi – pagi lagi Pokmat dah gerak suh gosok gigi. Pukul 8.30 kami dah mula bergerak keluar dari rumah dan menuju ke destinasi yang paling ditunggu – tunggu iaitu Petra. Kata orang kalau ke Jordan, tak lengkap kalau tak ke Petra. Lebih kurang 2jam perjalanan sampai la ke Petra yang dipenuhi dengan pelancong2 asing. Usaha kami untuk masuk ke dalam ialah dengan meminjam kad2 pelajar Jordan untuk mendapat diskaun. Harga yang perlu dibayar untuk setiap orang sebanyak 21JD, lebih kurang RM 100 lebih jugak la. Tapi kalau guna student kad dapat la diskaun 1JD je. Banyak sangat bezanya, tak puas hati betul. Akhirnya kami terperangkap sebab arab yang jaga kaunter tiket dah terperasan yang kad2 tu bukan kami yang punya. Memang frust gila tak dapat masuk, kalau nak jugak masuk kena bayaq 21JD la. Tak sanggup aku, banyak lg nk belanja ni. terpaksa la kami patah balik dengan hati yang kecewa dan berfikir sejenak apa nak buat. Tiba2 dapat idea dari seorang penjual kat situ, katanya ada lagi satu Petra yang nama dia Little Petra. Tak kena bayar pun, masuk free ja. Dengaq dia kata free kami pun dengan sepantas kilat terus ke sana. Walaupun tak sama dan tak seluas Petra yang kena bayaq tu, tak kisah la. Ada jugak kenangan kat Petra ni. Kalau orang tanya dah p ke Petra, aku jawab la aku dah p..huhu..




Pokmat ( Amir perjalanan ), Dok tengah fikir macam mana nak masuk jugak Petra..

Akhirnya tersenyum tengok Little Petra


Sebahagian Petra


2 pm
Kami kembali ke Mu’tah untuk makan tengah hari di rumah Muhaimin dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Laut mati. Perjalanan ke Laut Mati dari Mu’tah tak la jauh sangat, cuma jalan yang curam dan berselekoh tajam membuatkan perjalanan jadi agak panjang. Hampir gelap baru kami sampai ke Laut Mati, hajat di hati nak merasa mandi Laut mati. Musim sejuk pulak siangnya pendek, pukul 5 dah gelap. Bila hari dah gelap tak dapat nak merasa terapung di Laut Mati walaupun depa cakap aku tak boleh terapung sebab berat. Last – last suma tak dapat mandi. Sempat jugak berhenti seketika bergambar sebelum matahari terbenam dan menikmati udara dingin Laut Mati.

7 pm
Dalam perjalanan ke Mafraq, kami singgah di Amman ziarah kawan lamaku Mahyuddin. Dia baru ja sampai dari Malaysia hari tu. Ingatkan dah tak sempat nak jumpa, dapat la jugak jumpa dan dia sampaikan pesanan2 ringkas dari seseorang. Jauh di mata, tapi tak pernah lupa nak sampaikan pesan2 baik kat aku. Terima kasih..bersama Mahyuddin dan kawan2 kami dijamu dengan nasi beriyani Yaman yang sedap tu, kambing lagi..sejuk2 ni memang best panaskan badan dengan kambing kan.

10 pm
Usai makan dan solat, mata pun dah mengantuk. Tapi perjalanan mesti diteruskan. Kalau tidak jadual yang ditetapkan akan menyimpang dan budget pun akan lari. Sekali lagi aku sorang2 pegang stereng balik ke Irbid. Hujan malam tu buatkan mata aku cerah ja tengok jalan. Jalan pulak bukit bukau, banyak polis, tak dapat nak laju2. kawan2 suma dah mimpi sampai ke Turki. Hampir jam 11 lebih baru sampai ke Irbid buat kali kedua untuk bermalam di rumah Syakir dan Afif.

19 Feb 2009


Destinasi terakhir di Jordan ialah Mafraq. Mafraq dah sempadan dengan Syria, jadi senang la kami nak ke Syria nanti. Kami bermalam di Imarah yang dihuni oleh pelajar2 Malaysia dan sempat basuh baju di asrama adik pokmat di Universiti Al-bait.




Kandang Virus

Tiap hari ada saja org tanya bila nak update blog ni. Paling banyak tanya nak tengok gambaq2 di Turki. Kena pulak komputer jam dan dah jadi macam kandang virus. Bermacam2 jenis menatang ada dalam laptop aku ni. Hari ni baru ok skit..InsyaAllah dalam masa terdekat ni akan keluar la bahan2 menarik yang ditunggu2..

sabor ye...