sejauh ku melangkah

semakin jauh ku melangkah..semakin banyak cabaran mendatang

Awat Pulak Ni..

Chinese Restaurant at Madinah

Dinner kat Beiruti..

Dah lama tak update blog aku ni..sibuk la katakan,kalah PM..huhu..hujung minggu lepas saat yang aku tak leh lupakan. Hari Khamis Dr Syukran dan keluarga dah berangkat pulang ke Malaysia. Setelah setahun mereka sekeluarga di sini dan sampai lah masanya kembali ke tanah air. Aku rasa sedih jugak sebab nak kiranya rapat la jugak dgn Abg Syukran sekeluarga. Time nak Wada` tu mata aku berkaca je, ye la dah aku pakai cermin mata. tapi memang terasa jugak sedih bila lambaian terakhir di pintu masuk tu. teringat laksa dan Nasik Beriyani Kak An yang sedap tu. Sebab tu aku balun cukup2 bila makan kat Bukit Uhud dulu, dah lama tak dpt makan laksa. maklum saja la, di perantauan la katakan..


::..


Abis cita tu, aku bersama Pokmat,syahzuwe dan abg Long mula siap2 nak p mekah. Lepas siap2 masak ayam masak Kurma sebagai bekalan sepanjang zaman kami pun bertolak dalam pkl 12. masing2 dah ngantuk, tp dok layan sembang dalam keta sampai suma tak tidoq. Alhamdulillah Mekah sekarang ni amat2 lengang dan tenang, sangat berbeza sebulan yang lalu. Mudah sangat nak tawaf dan saie masa ni. tp masalah jugak la, sebab time ni ramai arab2 dari Gulf Country mai bercuti. apa lagi, kelabu mato den tgk anak2 dara arab yang masyaAllah cantik2. tu suma ciptaan Allah dan jugak dugaan di kala membuat kebaikan. Aku cuba sedaya upaya cover2 walaupun kadang2 nafsu ni susah nak control. satu2nya dugaan masa kat Masjid Haram ni. Syaitan ni kalau kat situ lagi kuat dan tinggi pangkat depa. punya la bersungguh kita nak jaga, tapi hasutan syaitan ni lagi kuat. Walaupun kat tempat yang suci, jangan kita anggap tak dak halangan dan dugaan yang besar. Tiap masa kita kena sedar yang halangan dan nafsu tak kira tempat akan cuba menghasut dan membawa kita ke arah kejahatan. Selalu2 la beringat ya...

::..

Jeddah destinasi seterusnya..kononnya nak ziarah Ustaz Radhi. Dengar khabarnya dah dapat baby. tak berkesempatan jugak jumpa dgn Ustaz sebab ustaz p Riyadh ada meeting kat sana. Jadi kami amik keputusan terus sergah je rumah ustaz. Apalagi terkejut la Kak Sal..sapa la mai umah depa. MasyaAllah..comel anak ustaz tu. nama dia amer. tertanya2 jugak bila Kak Sal mengandung, rupanya rezeki ustaz dapat anak angkat yang bapaknya asal dari yaman dan maknya org melayu. Maknya meninggal masa lahirkan dia. mmg muka arab la..



Pokmat, Fikri dan Syazwan Bersama Amer, Baby Ustaz Radhi dan Kak Sal

::..

Minggu ni sibuk la jugak, exams lg seminggu. tapi macam besa la, main bola saja tiap hari. baca buku ada la sikit2. dalam dok sibuk main bola tu aku rajin jugak baca buku, takkan la nak biaq ja kot buku tu. kalau tak nak jawab pa peksa nanti kan..

Keajaiban Iman Di Bumi Gaza


Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah, Naib Presiden ISMA
Dipetik dari laman http://www.ismaweb.net/

Serangan Yahudi ke atas Gaza menggunakan jet-jet perang F-16 masuk hari ketujuh mengorbankan setakat ini 420 syuhadak, mencederakan 2180 orang Islam yang dijajah, 380 dari mereka dalam keadaan tenat.

Penjajah mengebom berbagai institusi awam, masjid, tempat tinggal dan tanah pertanian menggunakan pesawat perang F-16. Ini berlaku setelah kepungan dan sekatan keperluan asas dikenakan ke atas Gaza hampir genap 4 tahun (sejak 25.1.2005). Serangan mengejut pertama mensasarkan 40 tempat yang berbagai turut mengorbankan seorang Mesir di sempadan. Di antara yang syahid ialah salah seorang pemimpin tertinggi HAMAS di Gaza, Dr. Nizar Rayyan, professor ilmu hadis di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Gaza bersama berbelas isteri, ahli keluarga dan jirannya.


Professor Nizar Rayyan bersama 14 ahli keluarganya berkecai syahid bila rumah mereka dibom jet F-16 Yahudi. “Dari kalangan orang-orang beriman, ada mereka yang benar dengan apa yang mereka telah berjanji dengan Allah. Sebahagian mereka telah syahid. Sebahagian lagi masih menunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah janji mereka” (maksud Al-Quran).


Dari pengamatan dan kefahaman saya terhadap putar belit politik antarabangsa, serangan ini bersempena perubahan kepimpinan di Amerika yang akan diambilalih oleh Barack Obama dan Parti Demokrat serta Pilihanraya Umum Israel terutamanya dan lain-lain perkembangan. Di dalam Israel, keputusan mengorbankan beberapa ratus atau ribu orang Palestin bakal menonjolkan kepahlawanan calon-calon pilihanraya di depan para pengundi Yahudi. Di Amerika pula, Israel yang menguasai politik Amerika melalui agensi-agensi lobinya seperti AIPAC, media massa, institusi kewangan dll ingin menekankan bahawa siapa dan parti apa sahaja yang memimpin Amerika, majlis keraian berupa hidangan jenazah rakyat Palestin adalah suatu yang mesti, tidak perlu disangkal bahkan mesti disokong dan didokong. Saya masih ingat, apabila George Bush II menang pilihanraya Presiden 8 tahun lalu, sebaik keputusan terakhir Pilihanraya diumumkan, arahan pertamanya ialah jet pejuang Amerika mengebom beberapa sasaran di Iraq. Pilunya, serangan jet-jet pejuang di atas mengambil tempat tembakan meriam perayaan hari kebesaran pertukaran kepimpinan, tapi yang disasarkan ialah nyawa umat Islam yang tidak berdosa lagi dijajah kehormatan dan kedaulatannya.


Setiap kali musim pilihanraya dan perubahan kepimpinan di Israel dan Amerika, umat Islam di Timur Tengah akan dibedil dan dikorbankan.

Di sebalik sebak dan kegusaran bahawa kempen serangan ini telah mengorbankan ratusan nyawa dan mungkin akan memuncak, namun dari iman dan semangat HAMAS dan umat Palestin serta petunjuk ayat-ayat Allah swt, di lubuk hati saya tergambar kemenangan Islam yang semakin tiba, tidak dapat disangkal lagi. Walaupun Gaza hari ini kehilangan ratusan nyawa, namun ia adalah “aza” (kesakitan) di jasad ummah, seperti luka di lengan, sedang seluruh tubuh badan seorang yang dulunya sakit dan tidur, kini telah celik, sedar dan mula bangkit dari lamunannya. Ya, umat ini sedang bangkit, akan berperanan, bertarung, menang dan memimpin muka bumi ini sekali lagi, walau orang-orang kafir tidak menyukainya.

Firman Allah swt, “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka. Allah enggan, sebaliknya akan menyempurnakan cahayaNya walau orang-orang kafir membencinya. Dialah (Tuhan) yang telah mengutus Rasul dengan petunju dan Agama yang benar, agar Dia memenangkan Agama itu mengatasi sekelian agama dan sistem semuanya, walau orang-orang musyrik membencinya.” (Al-Quran).

Kepada sekelian Ikhwah dan Akhawat di Gaza, jangan menyerah dan berputus asa lantaran serangan, pembunuhan dari musuh dilaknat Allah itu, dan lantaran ketidakpedulian kerajaan-kerajaan Arab dan Islam hari ini melainkan ucapan kering yang tidak bermatlamatkan Jihad membebaskan Palestin, hanya melunakkan hati bakal para pengundi mereka di pilihanraya-pilihanraya akan datang. Ketahuilah bahawa musuh-musuh ALlah sekali-kali tidak akan dapat memusnahkan umat Islam. Bila berdepan dengan tentera Allah, mereka tetap akan dikalahkan akan dikalahkan dipusingan terakhir.

“Mereka tidak akan memudharatkan kamu melainkan “aza” (kesakitan). Sekiranya mereka memerangi kamu, mereka akan cabut lari ke belakang, kemudian mereka tidak dimenangkan” (maksud Al-Quran). “Ketahuilah sesungguhnya parti Allah, mereka lah yang akan menang” (maksud Al-Quran)…… “Ketahuilah, sesungguhnya parti Syaitan, merekalah yang akan kerugian” (maksud Al-Quran).

Gaza adalah hujah Allah swt kepada umat Abad 21, bahawa Iman di hati 1.5 juta umat boleh berdepan dengan 5 juta Yahudi lengkap bersenjata menyerang dan mengepung, 300 juta rakyat Amerika, 400 juta rakyat Eropah, 250 juta rakyat Rusia yang mendokong dan berbilion umat dunia yang kufur dan musyrik, walau 1 bilion saudara seIslam mereka leka dan lena. Masa telah lama tiba untuk umat Islam menilai Iman, penghayatan Islam, kesatuan Ukhuwwah, kepimpinan Khilafah dan semangat Jihad mereka.

Allahu Akbar ! Walillahil Hamd !

Memori Haji 2008

Ada la sikit2 gambaq kenangan ziarah dgn jemaah haji Malaysia di Madinah ni. seronok bila dapat bersama dengan jemaah haji yang mai Madinah. Sambil2 bagi khidmat kat depa, buleh jugak cari duit sikit2. Ada rezeki Alhamdulillah, yang penting niat kena ikhlas la. Cari duit pun kena niat ikhlas jugak, bukan semata nak bagi penuh poket saja.

Sempat jugak Bergambar beramai2 kat Uhud

Staff Pos Malaysia di Madinah yang tak dak uniform



Pak aad bergaya sungguh..



Di Bukit Uhud bersama seorang jemaah dan driver bas




Bersama ayahanda Ustaz Fadhil Awang (Bekas Pen. Kanan Maktab Mahmud)

Hari ini hari terakhir atau penerbangan terakhir jemaah haji pulang ke Malaysia. Madinah dah mula lengang dan Masjid Nabawi pun dah mula kosong. Dalam kedinginan sejuk Madinah, umat Islam di Madinah terutamanya jemaah haji masih lagi sempat mendengar akan perkhabaran saudara2 mereka di Gaza. Tiap hotel,tiap pakej berlumba2 mengutip derma 'kilat' untuk disalurkan kepada saudara kita di sana. Mungkin itulah saja yang mampu dilakukan sementara doa dipanjatkan di Raudah semoga Allah memhapuskan yahudi dan mengembalikan tanah Palestin yang hakikatnya adalah milik KITA umat Islam.