sejauh ku melangkah

semakin jauh ku melangkah..semakin banyak cabaran mendatang

Musim Menamatkan Zaman Bujang


Dalam kesibukan mengejar dateline assignment, ujian dan jugak kerja2 lain, satu hari tu aku dapat sms dari seorang kawan di Malaysia. Dia bgtau dan jemput aku p kenduri kawin pd 25 Disember ni. Tak dapat la aku nak p la ni, mana buleh balik sesuka hati. Hanya ucapan tahniah dan doa aku sampaikan padanya. Baru aku tersedar rupanya bulan ni merupakan cuti sekolah di Malaysia dan ini lah masanya rakyat Malaysia yang bujang2 mengambil kesempatan menamatkan zaman bujang mereka. bila dikira dan dicongak2 ramai kawan2 aku yang dah melangsungkan perkahwinan. Kawan2 sekolah dulu, kawan2 Darul Quran (DQ) dulu. Malah 2 teman rapat aku Pokmat dan Baem pun dah selamat bertunang, akan melangsungkan perkahwinan jugak cuti nanti. Hubungan aku dgn depa dah macam adik beradik, dari kt DQ selalu makan angin sama2. Paling tak lupa kami bertiga sama2 mai umrah dan muqobalah (interview) kat Madinah ni. tapi bila depa dah selangkah ke depan dalam bab ni, aku jadi macam tak keruan sikit. Rasa seolah2 aku akan ditinggalkan dan keseorangan lepas ni. Tak dapat dah la nak p johor sama2 macam dulu. Kalau p pun depa mesti nak bawak bini kan, takkan nak berkepit dengan aku lagi. Tapi itulah hakikatnya, selepas satu masa kita akan melangkah ke hadapan, maju setapak dalam kehidupan. Aku pun tak lama lagi akan ikut jejak depa jugak, doakan ukhuwwah kita sentiasa kukuh.


Perkahwinan pada hakikatnya bukanlah sekadar untuk memuaskan nafsu semata. Sejak akhir2 ni kalau dalam surat khabar tiap hari ada saja cerita artis cerai dan kahwin. Bukan masalah artis glamor ke tak, cuma yang menjadi tanda tanya dan persoalan ialah cukup mudah perkahwinan dan cerai ini di`mainkan`. Hari ni Mawi kawin, esok Abby cerai. Yang kawin kat Golok, Thailand pun ada. Walaupun memang perkahwinan pada asasnya untuk menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan atau dalam bahasa mudahnya menghalalkan jimak itu, tapi kita mesti ingat tanggungjawab dan jugak peranan kita dalam membawa dan memandu rumahtangga menuju ke arah Bait Muslim yang betul. Masyarakat kita dah banyak lupa dan lalai tanggungjawab rumahtangga. Ibu bapa sendiri mungkin tak tahu atau jahil dalam menentukan kedudukan dan pasangan anak2 mereka. Nak kata di Malaysia kita ni kurang penghayatan agama pun tak jugak, nak kata tak dak langsung yang bercakap tentang agama pun tak. Mungkin mereka sendiri yang tak jumpa `bendera2` kebaikan yang kadang2 tak berkibar dengan megah. Kita mendoakan agar masyarakat kita masih lagi tetap dan betul jalan hidup mereka. Kitalah sohib dakwah yang mempunyai tanggungjawab dan amanah ini untuk terus memandu masyarakat ke arah kehidupan Islam yang syamil.


Pandai pulak aku bersyarah ya..ucapan tahniah untuk kawan2 yang dah kawin. Mudah2an perkahwinan yang dibina mendapat Rahmat Allah dan menuju cinta yang satu. Tahniah untuk Affuan(paktam), Kasyfi, Somad, Khalil(phua), Abg Yahya yang kenduri depa suma aku tak dapat p. Semua ni kawin bulan ni la, bulan Disember. Doakan aku jugak mudah2an mendapat jodoh yang baik...ameeen..

Assignments..Exams..Ziarah..

Haji dah pun selesai, balik dari mekah je terus aku demam selsema. Kena pulak terkejut sebab Madinah ni sejuk yang amat sangat, tak sama langsung dengan Mekah. Kat Mekah hari tu bukan main panas lg. Maklum saja la kan, berjalan sana sini. Pi melontar ja pun dekat 10km berjalan pergi dan balik. Tapi aku tak pun kurus2 lg. Macam mana nak kurus, sampai rumah je terus makan dan makan tu pulak boleh cover balik yg 10km berjalan tadi.

Minggu pertama bukak kuliah memang menyeksakan. Nak bangun pagi susah yang amat, dengan sejuknya campur kesumbatan yang kronik dalam `serombong` hidung ni. Akhirnya dapat la jugak p kelas walaupun hanya 2hari ja. Aku ingat aku ja yang mcm tu, rupa2nya kawan2 sekelas pun sama. Semua pakat2 bawak tisu sebagai bekalan di hari2 yang mendatang. Masuk ja kelas, bertimbun - timbun kerja nak kena selesaikan. Masa ni baru teringat assignment atau depa panggil bahas dalam bahasa arabnya tak buat lagi. Bukan tak siap lagi, tapi tak buat lagi. satu perkataan pun tak tulis lg. Tajuk macam senang ja, Zakat Fitrah..tapi bila nak mula ja tulis barulah pening kepala nak cari bahan. Alhamdulillah ada la jugak kitab2 yang aku beli sebagai rujukan dan sempat jugak jenguk2 kat maktabah PPM kot2 ada bahan yang diperlukan.



Dengan Ashraf, anak Dr. Syukran..Haji Kecik..huhu


Dalam dok sibuk assignment ni ada jugak ikhtibar2 atau test atau orang melayu kata ujian la senang untuk subjek2 tertentu. Jenuh jugak la nak buat assignment lagi, nak ulangkaji ujian lagi. kalau buleh cabut otak aku ni letak sebelah2 pastu masukkan satu2 bahan untuk peksa dan jugak assignment pun baguih jugak. Tapi tu la khayalan yang nyata menenangkan fikiran buat sementara waktu bila dah banyak sangat tulisan2 arab masuk dalam kepala otak.

Kadang2 aku pun fikir macam malas nak buat semua tu. Malas nak baca buku, malas nak buat assignment tu, baik aku p tengok bola ke best jugak kan. Kalau la aku buat camtu mesti teriak mak kat rumah. Bila malas mula menyerang aku mula fikirkan mak dan bapak kat rumah, jadi dengan serta merta kemalasan yang melanda terus ditelan oleh fikiran yang turut sama melayang terbang balik ke Sungai Petani. Senior2 dulu pun selalu cakap, masa belajaq ni la yang akan jadi memori yang paling indah bila dan selalu terbayang bila kita dah mula melangkah ke alam pekerjaan. Masa cuti hari tu aku keja kat menara KL, tak pulak teringat pasal belajaq. betoi ke depa cakap tu. Tapi aku rasa pendapat depa tu betoi jugak sebab kadang2 kita tak sedar masa tu berlalu cepat sungguh. Agak2 la apa nak jadi bila aku grade nanti?? Risau jugak kadang2 bila memikirkan yang masyarakat memang harapkan kita. Balik cuti je mesti kena `kuda` punya, belum habis betul2 lagi. Tapi itu sebenarnya tanggungjawab kita sebagai sohib dakwah, bukan sekadar menjadi `ameel atau pekerja dakwah ja. Kita yang memiliki dan memegang amanah dakwah ini, bukan sekadar bekerja dengan arahan dan cukup bulan dapat imbuhan.

Madinah pulak la ni dah mula sibuk dengan kemasukan jemaah haji yang mengambil peluang ziarah sebelum berangkat pulang ke tanah air masing2. Termasuk la jemaah haji malaysia yang setiap hari makin bertambah bilangannya. Seperti biasa masa ni lah peluang yang terbuka untuk student2 kat Madinah ni mendekati jemaah haji dan jugak mencari rezeki dengan ikhlas. Aku pun tak dan2 lagi nak bawak ziarah jemaah haji ni. Tiap hari Fawwaz asyik call je, tak pun sms mintak bawak jemaah ziarah Madinah. Bila tgk no Fawwaz je aku dah mula gelabah. Rasa macam tak sedia lagi nak bawak ziarah lepas haji ni sebab banyak sangat keja nak buat, pastu kelas pun dah banyak ponteng. Sheikh dah mula sebut2 nama aku. Memang la glamor sat bila sheikh sll sebut nama, tapi glamor sebab ponteng banyak buat apa. Kesian kat mak aku kalau dia tau aku selalu ponteng kelas. Bukan takat tu ja, nak kena layan jugak sedara mara yang mai haji ni. Ya la kan, depa dah mai rumah kita, kita layan la sebaik mungkin. Sedara mak pun esok lusa sampai la Madinah ni, mesti nak ziarah depa, nak bawak jalan2 skit tgk Madinah ni. Mudah2an niat ikhlas dan kebaikan yang kita berikan dapat ganjaran dari Allah swt. Kadang2 jemaah ni doakan kita dan doa depa tu la yang Allah makbulkan, mana tau kan. kalau buat kebaikan kat orang tanpa harapkan balasan dan harta, Allah lagi Maha pemurah. Dia akan bagi lebih lagi dari apa yang kita khidmatkan kat jemaah haji. jemaah haji ni macam mak ayah kita jugak. Aku rasa seronok bila jumpa dengan jemaah haji ni, org tua2 macam mak ayah kita. depa pun ada anak2 macam aku jugak. kalau aku buat lebih kurang ja dengan depa, ntah2 depa doakan keburukan kat aku apa pun tak dpt.

apa la aku melalut ni..?? Sebenaqnya aku pun taktau nak tulis apa. hari tu chat dengan Ashraf (anak Dr Syukran), dia suh tulis banyak2. . Ni tengah takdak buat apa, sambil2 tenangkan fikiran yang memang dah tenang ni buleh jugak sepatah dua kata kan.

Haji 08








Saban tahun musim haji adalah waktu yang ditunggu-tunggu semua umat islam. termasuk lah kita yang dah sememangnya terlalu dekat dengan tanah Makkah yang suci. Alhamdulillah setelah mengharungi perlbagai dugaan dapat jugak aku tunaikan haji buat kali yang ke4. Bukan nak riak atau takabbur, tapi bila dah peluang depan mata kena rebut la. Bila dah balik ke tanah air nanti nak kena kumpul duit ribu- ribu baru blh p Makkah buat haji. Mula la siap2 nak p ke Arafah untuk wukuf. Pagi2 lagi dah bangun masak dan berkemas untuk perjalanan Arafah yang dinanti2kan. Orang lain yang masak, aku rasa je la apa depa masak. Alhamdulillah perjalanan ke Arafah tak dak masalah sgt, cuma kesesakkan lalulintas tu biasa la musim haji ni. Lebih kurang 30minit jugak la kot perjalanan dengan coaster akhirnya sampai la kami kat Arafah ni. Bermulanya detik2 Arafah yang ditunggu2. saat ini tiada yang leka, tiada yang sibuk dgn perkara2 lain kecuali berzikir dan berdoa memohon perlindungan dan keampunan dari Yang Maha Esa. tiap detik yg berlalu di Padang Arafah sangat berharga untuk dilepaskan begitu sahaja. saat ini segala doa, setiap permintaan, setiap rintihan diangkat dan dimakbulkan oleh Yang Maha Mendengar. Mudah2an Allah swt menerima segala taubat dan rintihan hati umat manusia seluruhnya. ameeeen...








ada la sedikit buah tangan ataupun hadiah la kot untuk tatapan. sedikit gambar2 haji untuk tahun ni.































GALAKAN SOLAT FARDHU SECARA BERJEMAAH


Ramai dikalangan kita yang terlepas pandang akan kepentingan dan keuntungan bagi mereka yang mengerjakan solat secara berjemaah.Ada yang dimindanya sudah disetkan bahawa cukup sekadar aku bersolat secara sendirian...yang penting solat maka tertunailah kewajipan rukun islam yang kedua.

Tahukah Anda....Jika anda solat secara berjemaah...

Anda akan mendapat pahala seperti membuat haji
Anda akan membuat sedekah bagi setiap langkah ke masjid
Anda akan mendapat ganjaran berganda 27 lebih dari solat sendirian
Anda telah menggerunkan yahudi dan kafir
Anda telah menghidupkan rukun tetangga dalam bermasyarakat
Anda telah menghidupkan syiar Islam...Kesatuan Ummah
Anda dapat meneutralkan cas elektrik pada tubuh anda


Dan pelbagai lagi perkara yang menjanjikan kebaikan pada diri anda jika anda solat berjemaah.

Dan Tahukah Anda...Jika anda meninggalkan solat berjemaah...

Anda telah meninggalkan cara solat Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam
Anda telah melayakkan rumah anda untuk dibakar
Anda telah meletakkan sikap anda sama seperti orang munafik
Anda telah menyebabkan solat anda tidak dikira...kerana tidak menyahut seruan azan
Anda telah menghilangkan semangat bermasyarakat

Dan pelbagai lagi perkara yang menjanjikan kerugian pada diri anda jika anda meninggalkan solat berjamaah.

BUKTINYA...

1) Tidak dikira solatnya.

Sabda Rasulullah:
" من سمع النداء فلم يأتي ، فلا صلاة له الا من عذر "

Yang bermaksud: " Barangsiapa yang telah mendengar azan kemudian tidak mendatangi (ke masjid) , maka tiada solat baginya kecuali bagi siapa yang uzur "
( HR Muslim).
Ibnu Abbas menerangkan ketika ditanya mengenai yang dimaksudkan dengan uzur di dalam hadith ialah takut (ada perkara yang menghalanginya) dan sakit.

2) Tiada kelonggaran walau bagi seorang yang buta.

Di dalam hadith sahih yang lain diriwayatkan oleh Imam Muslim ketika Rasulullah ditanya oleh seorang buta yang meminta diberikan kelonggaran untuk tidak solat berjemaah kerana tiada orang yang boleh membawanya ke masjid lalu Rasulullah bertanya padanya :
" هل تسمع النداء بالصلاة؟ " , قال: نعم , قال: " فأجب".
Yang bermaksud : " Adakah kau mendengar seruan untuk bersolat (azan) ? , Berkata Si Buta: " ya " , Sabda Rasulullah : " Maka sahutlah " (seruan azan itu).

3) Layak dibakar rumahnya:

Di dalam Musnad Imam Ahmad ada sebuah hadith perihal mengenai orang yang tidak bersolat berjemaah, maka Rasulullah bersabda :

" لو لا ما في البيوت من النساء والذرية لحرقتها عليهم "
Yang bermaksud: " Kalaulah tiada di dalam rumah-rumah tersebut (rumah orang yang tidak solat berjemaah) orang-orang perempuan (isteri mereka) dan zuriat (anak) akan Aku bakar rumah mereka ".

4) Disifatkan sebagai Munafik.

Sabda Rasulullah :
" لقد رأيتنا وما يتخلف عن الصلاة الا منافق قد علم نفاقه , أو مريض "
Yang bermaksud: Telahpun kami melihat orang yang tidak bercanggah dari solat (solat berjemaah) melainkan orang munafik yang diketahui (jelas) kemunafikannya, ataupun orang yang sakit ".(HR Muslim)

Firman Allah Taala:

" ان المنافقين يخادعون الله وهو خادعهم واذا قاموا الى الصلوة قاموا كسالى يراءون الناس ولا يذكرون الله الا قليلا " *
Yang bermaksud: " Sesungguhnya orang munafik itu hendak memperdayakan Allah, tetapi Allah-lah yang memperdayakan mereka.Apabila mereka bangun berdiri untuk solat mereka tunaikan dengan malas.Mereka bermaksud riya' di hadapan manusia.Dan mereka tidak mengingati Allah kecuali sedikit sekali ". (an-Nisa' :142)

Jadi Sahabat-sahabat sekalian...

Marilah kita bersama mewujudkan masyarakat yang cintakan pada masjid.Kita mulakannya pada diri kita terlebih dahulu.
Hayatilah ayat-ayat Quran dan Hadith-hadith yang memberi galakan dan suntikan untuk kita melazimi solat secara berjemaah



Firman Allah Taala:
وأقيموا الصلاة وءاتوا الزكوة واركعوا مع الراكعين *

Yang bermaksud: "Dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah kamu akan zakat dan rukuklah kamu bersama orang-orang yang rukuk (Al-Baqarah:43)

Jelas ayat di atas menyuruh kita rukuk bersama orang-orang yang rukuk iaitu secara berjamaah kerana sekadar melaksanakan ayat yang awal sahaja (Dirikanlah kamu akan solat) tidak memadai kecuali bersama ayat terakhir (rukuklah kamu bersama orang-orang yang rukuk) bagi melengkapkan suruhan ayat di atas.

Di dalam ayat yang lain :
" واذا كنت فيهم فأقمت لهم الصلاة فلتقم طائفة منهم معك وليأخذوا أسلحتهم فاذا سجدوا فليكونوا من ورائكم ولتأت طائفة أخرى لم يصلوا فليصلوا معك وليأخذوا حذرهم وأسلحتهم...الأية "

Yang bermaksud: " Dan apabila engkau (Muhammad) berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu engkau hendak melaksanakan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah sekumpulan daripada mereka berdiri (solat) bersamamu dan menyandang senjata mereka, kemudian apabila mereka (yang solat bersamamu) sujud (telah menyempurnakan satu rakaat) maka hendaklah mereka berpindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh), dan hendaklah datang kumpulan yang lain yang belum solat, lalu mereka bersolat denganmu, dan hendaklah mereka bersiap siaga dan menyandang senjata mereka...." (an-Nisa' :102)

Di dalam ayat ini juga jelas kepada kita bagaimana Allah Taala mengajar Rasulullah cara untuk bersolat ketika di dalam peperangan.Ya...walaupun ketika sedang bertempur apabila telah masuk waktu solat, kita wajib menunaikannya....bukan sekadar menunaikannya bahkan secara berjemaah ! ! !
Jadi wajarkah kita untuk solat bersendirian dalam waktu tenang?

Di dalam hadith:

" صلاة الجماعة تفضل صلاة الفذ بسبع وعشرين درجة "

Yang bermaksud: " Solat secara berjemaah lebih afdhal daripada solat sendirian sebanyak 27 darjat ".(HR al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam hadith yang lain:
" من خرج من بيته متطهرا الى صلاة مكتوبة فأجره كأجر الحاج المحرم "

Yang bermaksud: " Barangsiapa yang keluar dari rumahnya (ke masjid) dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat fardhu, pahalanya ibarat pahala orang yang membuat haji dengan ihramnya ". (HR Abu Daud; Hasan)

" وكل خطوة تمشيها الى الصلاة صدقة "

Yang bermaksud: " Dan setiap langkah menuju untuk bersolat (berjemaah) adalah sedekah ".(HR Buhkari, Muslim)

" صلوا كما رأيتموني أصلي"

Yang bermaksud: " Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat (cara) aku bersolat ".(HR Bukhari, Muslim)
Dan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam tidak pernah solat fardhu secara bersendirian.

Sama-samalah kita menjaga solat fardhu kita berjemaah, kita hidupkan suasana ini, mulakan pada diri kita, keluarga, seterusnya masyarakat.

Artikel ini ditulis supaya Penulis sendiri lebih menjaga solat berjemaahnya.

RAHSIA 10 KUNCI KEPADA REZEKI

Sudah menjadi lumrah dan fitrah di dalam kehidupan manusia yang inginkan keselesaan, keindahan, dan sesuatu yang membahagiakan.Setiap manusia menginginkan sesuatu yang baik dan berusaha menjauhi kesukaran, masalah, dan kesedihan.Tetapi berapa ramaikah yang berjaya mencari kesenangan dengan cara yang benar, yang di redhai oleh Allah?
Di sini ingin saya berkongsi bersama saudara sekalian kunci bagaimana untuk membuka pintu-pintu rezeki dalam masa yang sama berjaya mendekatkan diri kepada Allah dan disayangiNya.Yakin dan percayalah!!!
Sekiranya anda yakin dan percaya serta mengamalkannya InsyaAllah anda pasti berhasil mendapatkan kunci rezeki tersebut dan berjaya membuka pintu-pintunya yang sudah pasti menjanjikan kebahagiaan dan keindahan yang diidam-idamkan oleh semua manusia, terhindar dari kekayaan dan kesenangan disebabkan istidraj...


1) Taqwa kepada Allah

Firman Allah Taala:
ومن يتق الله يجعل له مخرجا * ويرزقه من حيث لا يحتسب...الأية
Maksudnya : "....Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar ÇËÈ Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka... ÇÌÈ”.
(At-talak :2 & 3)


Maksud Taqwa: Menjadikan suatu benteng atau cegahan di antara diri kita dan maksiat kepada Allah dengan mengamalkan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

2) Tawakkal kepada Allah

عن عمر الخطاب رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " لو أنكم توكلون على الله حق توكله...لرزقكم كما يرزق الطير..."

Dari Umar Al-Khattab: Sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam: " Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal… nescaya Allah akan mengurniakan rezeki kepada kamu sebagaimana di beri rezeki kepada burung-burung..." .Hadith riwayat Tirmizi Hasan Sahih.

· Maksud Tawakkal: Sebenar-benar pergantungan hati kepada Allah Taala di dalam menginginkan kebaikan dan mengelak dari kemudharatan, beriman tiada yang memberi manfaat dan mudharat melainkan Allah Taala.


3) Silaturrahim

عن أبي هريرة مرفوعاً: " فإن صلة الرحم محبة في الأهل، مثراة فى المال، منسأة فى الأثر"

Dari Abu Hurairah-Marfu' : "Maka sesungguhnya Silaturrahim merupakan kasih sayang kepada ahli keluarga, menambahkan harta kekayaan, melambatkan ajal kematian" .Hadith Sahih riwayat Tirmizi.
· Maksud Silaturrahim: Menghubungkan tali persaudaraan.

4) Haji dan Umrah

عن إبن عباس رضى الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " تابعوا بين الحج و العمرة، فإنهما ينفيان الفقر والذنوب"

Dari Ibnu Abbas Radhiallahuanhu: Sabda Rasulullah Sallallahualaihi wasallam: "Ikutilah (kekerapan) di antara Haji dan Umrah, Maka sesungguhnya keduanya (haji dan umrah) menafikan kefakiran dan dosa-dosa..." Hadith Sahih riwayat An-Nasa'ie.


5) Melazimi Istighfar

Firman Allah Taala:

فقلت استغفروا ربكم انه كان غفارا * يرسل السماء عليكم مدرارا * ويمددكم بأموال وبنين ويجعل لكم جنات ويجعل لكم أنهارا *

Maksudnya: "Maka Aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun ÇÊÉÈ Nescaya dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat ÇÊÊÈ Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." ÇÊËÈ( Nuh:10, 11, 12)

· Maksud Istighfar: Meminta keampunan dari Allah di atas dosa-dosa yang dilakukan.


6) Menyuruh Ahli keluarga untuk menunaikan solat


Firman Allah Taala
وأمر أهلك بالصلوة واصطبر عليها لا نسئلك رزقا نحن نرزقك والعاقبة للتقوى

yang bermaksud: "Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.Kami tidak meminta rezeki daripadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa” ÇÊÌËÈ. (Thaha: 132)

Dari Abdullah bin Salam berkata: " Rasulullah Sallallahualaihi wasallam ketika mana ahli keluarganya di timpa kesempitan, Baginda akan menyuruh ahli keluarganya mendirikan solat, kemudian membaca ayat (di atas).

7) Berkahwin

عن أبي هريرة مرفوعاً: " ثلاثة حق على الله تعالى عونهم – وفى الرواية – أن يغنيهم – المجاهد في سبيل الله ، والمكاتب الذى يريد الأداء ، والناكح الذي يريد العفاف"

Dari Abi Hurairah-Marfu' : "Tiga hak ke atas Allah Taala dalam membantu mereka - dalam riwayat lain: memberi kekayaan kepada mereka 1) Mujahid di jalan Allah, 2) Makatib (Penulis hutang kepada tuannya) yang hendak melunaskan hutangnya, 3)Orang berkahwin yang hendak menjaga dirinya dari melakukan maksiat" .Hadith Sahih Riwayat Tirmizi.

8) Melazimi dan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam


عن جابر رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " من صلى على مائة صلاة حين يصلي الصبح قبل أن يتكلم...قضى الله له مائة حاجة..."

Dari Jabir : Sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam: " Barangsiapa yang berselawat ke atasku seratus selawat ketika solat subuh sebelum dia berkata-kata nescaya Allah akan menunaikan baginya seratus hajatnya...".Riwayat Ibnu Mandah, Berkata Zubaidi Hadith Hasan.


9) Solat Dhuha

عن عقبة بن عامر الجهني رضى الله عنه, أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: " إن الله عز وجل يقول :" يا ابن آدم ، اكفني أول النهار بأربع ركعات...أكفك بهن آخر يومك"

Dari Uqbah bin 'Amir Al Juhani: Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Allah Taala berkata: "Wahai anak Adam cukupkan Aku di awal siang (Dhuha) dengan empat rakaat... Aku cukupkan (rezeki) engkau dengannya (hingga) akhir harimu".Hadith Sahih riwayat Ahmad.


10) Memperbanyakkan menyebut kalimah: La haula wala quwwata illa billah

حديث أبي موسى في الصحيحين:"أولا أدلك على كنز من كنوز الجنة؟" قال: بلى ,قال:" قل: لا حول ولا قوة الا بالله"

Hadith Abi Musa di dalam sohih Bukhari dan Muslim: Sabda Rasulullah: "Adakah kalian mahu aku tunjukkan Perbendaharaan daripada perbendaharaan-perbendaharaan syurga? ". Berkata sahabat:Ya wahai Rasulullah. Sabda Rasul : "Katakan: La haula wala Quwwata illa billah (Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah Taala)".

assalamualaikum wbt..

salam buat teman2 dan ikhwah semua. buat pertama kalinya ana memberanikan diri mencipta suatu yang asing iaitu buat blog sendiri. tunjuk ajar dan bantuan dari ikhwah sekalian amatlah diharapkan..